Ahad, 10 Februari 2013

Sukarnya untuk menjadi seorang yang benar-benar IKHLAS!!!


Setelah sekian lama menyepi daripada menulis di sini, akhirnya dikesibukan masa aku mencuri peluang untuk mencoret di blog ini...

Tajuk '' Sukarnya untuk menjadi seorang yang benar-benar IKHLAS!!! '' menjadi pilihan aku pada kali ini,
mengapa tajuk ini yang dipilih kerana ianya tersangkut paut dengan aku dalam beberapa hari ini.

Ya... sangat sukar untuk kita menjadi seorang yang benar-benar IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara. Saat mula-mula kita melakukan sesuatu tugasan kita berasa semangat dan ikhlas untuk menyelesaikannya. tetapi apabila berlaku sesuatu yang kita tidak jangka semangat dan keikhlasan kita hilang entah ke mana.. kenapakah jadi begitu?

kerana kita buat sesuatu itu berdasarkan semangat semata-mata, dengan kita mengabaikan kefahaman yang kita dapat selama ini.

Semangat dalam bekerja adalah baik,cuma apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini akan menyebabkn kita hilang semangat bekerja @ boleh dikatakan "FUTUR" ............................................



Ya, sekarang aku boleh dikatakan Futur, aku berasa malas dan hilang semangat untuk terus bekerja. Terlalu banyak masalah yang menimpaku..,diri sendiri, keluarga, sahabat, ahli bait dan juga pelajaran.. semua ini benar-benar membuatkan aku putus semangat dan hilang arah...

Kadang-kadang aku terfikir, adakah semua masalah ini berpunca daripada aku sendiri yang ego dan tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri, mungkin ada sedikit. Menjadi pemarah dan ingin marah semua orang yang berada disekeliling.. bila berfikir secara lojik, kenapa semua orang perlu menjadi mangsa kemarahanku? bukannya ada faedah atau dapat kepuasan, tetapi ianya semakin membuat orang benci dengan perangai kita. (tau pula tu).
Tapi bila emosi dan amarah telah menguasai diri, kita rasa yakin tindakan kita semua tu adalah betul dan orang lain bersalah...

Apa yang aku nk buat bagi menghilangkan semua masalah ni, aku tau ramai lagi orang lain diluar sana yang banyak masalah selain daripada aku. Semua orang tidak lari daripada masalah. (itupun aku tau), tapi camne aku nk selesaikan masalah yang aku hadapi ni.

erm..,aku tau, ada sesetengah orang tak dapat nak memahami perangai aku,yang kadang-kadang ok dan kadang-kadang tidak, sebab aku pun pening gak dengan perangai aku ni... (^^,)

Fikir punya fikir, aku dapat satu idea, bagaimana untuk aku tenangkan diri aku dan lupakan sementara semua masalah iaitu... Ya, aku perlu melarikan diri aku sementara daripada masalah aku  sekarang ni. Aku nak pergi Jaulah tempat lain. aku nak tenangkan diri dan balik dengan semangat yang baru. kemana aku nak pergi aku tak nak coretkan disini, aku tak nak orang cari aku beberapa hari ni. aku tau tindakan aku lari daripada masalah adalah salah. tapi sekiranya aku terus duduk disini masalah aku ni memang tetap ada dan menyesakkan kepala dan dada aku. Aku cuma perlukan suasana baru untuk mengembalikan semangat aku semula.

Ya, esok akan bermulanya perjalanan aku mencari semula semangat yang hilang ni... dan aku berharap semoga segalanya berjalan lancar dan aku kembali dengan semangat yang baru............



By : tintaitqan-KIM