Jumaat, 24 Ogos 2012

Kalam kenangan, :)

Rindu saat sewaktu menjadi kepimpinan dulu....

Penghayatan Sunnah Bersama Usrah 

Bismillahirrahim…
Segala puji bagi Allah Taala, yang menjadikan dunia ini aman di bawah lindungan panji dan kepimpinan Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang meneruskan perjuangan baginda sehingga ke hari ini.
Seperti yang kita semua maklum, bahawa hari Jumaat adalah hari yang tersangat istimewa kerana Islam meletakkan hari Jumaat itu sebagai ketua dan lebih banyak ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Riwayat Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Hari Jumaat dinamakan sebagai “Sayidul Ayyam” iaitu penghulu segala hari.”
Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan di hari Jumaat ini, antaranya Nabi Adam a.s diciptakan dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya , Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat , Dan pada hari itu jualah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu jualah baginda dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya” (HR Muslim)
Dibawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM telah menetapkan bahawa hari Jumaat merupakan hari untuk berusrah ataupun hari muzakarah berkelompok (MB).

Usrah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang digalakkan dan merupakan salah satu cara dalam menyampaikan dakwah Islamiah . Ia adalah Sunnah yang sangat penting pada permulaan berkembangnya Islam dimuka bumi ini. Bagaimana pada awalnya Rasulullah membuat usrah dirumah Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyebarkan dakwah dalam keadaan berahsia, bersembunyi dan berjaga-jaga daripada diketahui oleh musuh Islam. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekarang mudah untuk kita membuat dan melaksanakn usrah secara bebas dan tersangat rugi sekiranya kita tidak mengikuti usrah ketika berada dibumi anbiya’ ini. Hal ini kerana, usrah merupakan medan latihan untuk kita berdakwah dan berkongsi ilmu, mendapat pengisian rohani serta dapat membina fikrah yang jelas tentang Islam bersama sahabat-sahabiah kita di bumi mesir ini.
Dalam Fiqh Dakwah karangan Sheikh Mustafa Masyhur, beliau menyatakan rukun dakwah yang ketiga berkenaan uslub dakwah dan ciri-cirinya iaitu berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi. Golongan yang dibina oleh Rasulullah S.A.W diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan nama sahabat. Antara kelebihan usrah ialah dapat melatih ahli membina keyakinan diri, membina kekuatan ukhuwah, mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As- Sunnah, melahirkan para ilmuan islam agar dapat menyebarkan risalah islam, serta membentuk biah solehah serta menolak unsur-unsur negatif.
Sehubungan dengan usul DPMM sesi ini iaitu “Memegakan muzakarah berkelompok disemua peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak” , saya selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI menyeru kepada semua ahli DPMM supaya dapat bersama-sama DPMM dalam memegakan muzakarah berkelompok pada sesi ini.
Akhir kalam, selamat berusrah kepada semua dan rasailah kemanisan dalam berusrah, Ayuh mari bersama kita menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. 



Tintaitqan  :) 

24/8/2012

Isnin, 20 Ogos 2012

PeRjaLaNanKu MaSiH jAUh... :)


Salam bertemu kembali..

      Lama sungguh rasanya tidak mengupdate blog ni diatas kekangan waktu yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, diri ini semakin boleh untuk menerima kenyataan akan keputusan natijah imtihan yang keluar.
      Pada tarikh keramat 15/8/2012, Seawal jam 10pg, saya telah pergi kekuliah untuk menanti natijah yang akan ditampal hari tersebut, perasaan memang bercampur baur, samaada kejayaan @ kegagalan yang akan mengiringi.
      Sampai kuliah, bertemu dengan kawan baik sendiri, fatihah yang telah sampai setengah jam lebih awal. Dia seorang yang sangat baik dan bertangungjawab, rajin ke kuliah setiap hari bertemu amid bertanyakan tentang natijah..memang tabik spring la kt dia.. :)
      Dalam jam 12pm, dapat tau daripada seorg kwn,bahawa doktor telah sampai dan amid  kuliah kata natijah akan ditampal setengah jam lg…
      Fuhh.., mmg lg berdebar dan akhirnya pada 1pm sebelum amid  kuliah tampal natijah, amid  berjumpa dengan ktorg sambil menghulurkan kertas natijah. Mengigil melihat nama sendiri, satu persatu subjek dilihat, terus terduduk ditangga kuliah dan langsung tidak terkata..

(Ya Allah, tiada rezeki ku untuk balik ke Malaysia tahun ni)
Tidak dapat digambarkan perasaan sedih ini..menangis semaunya,
Rasa bersalah terhadap Mak dan ahli keluarga yang lain…Mak, izzah minta maaf kerana tidak dapat balik tahun ni  dan jaga  mak di Malaysia.. minta maaf sangat-sangat. 

………………………………………………………………………..........

Alhamdulillah.., rasa sedikit terubat bila mana seorang sahabat menghantar mesej dan memberikan kata-kata semangat..
   Katanya : 

“Yakinlah dengan ketentuan Allah, ada hikmah besar sedang menanti yang mana kita tidak tahu sehingga tiba masanya untuk kita dapat dan ketahui”


                                                ..........................................................................

Bila duduk berseorangan dan berfikir secara tenang, ada hikmahnya kenapa Allah mengtaqdirkan tidak najah tahun ini.. Ilmu ku masih belum banyak untuk dibawa pulang ke malaysia, serta Khidmat dan tenagaku masih diperlukan lagi dibumi barakah ini, insyaAllah aku akan bekerja dan memberikan komitmen sebaiknya..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bermohon kepadamu, tetapkanlah dan berikah ketenangan didalam hatiku untuk  menerima taqdirmu..dan tenangkanlah jua hati ibuku dan ahli keluargaku….AMIN..