Jumaat, 28 Disember 2012

Alkisah bapak dengan anak… RENUNGKAN BERSAMA :D

Krdt by: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Alkisah bapak dengan anak…

Seorang bapa dan anak mengembara membawa seekor keldai untuk dijual…

Di Pekan pertama, bapa berjalan tapi anak menunggang keldai kerana keletihan, tapi penduduk mencemuh anak tidak bertimbang rasa kepada orang tua.

Di Pekan kedua, anak berjalan tapi bapa menunggang keldai, penduduk berkata bapa tidak berhati perut membiarkan anak kecil berjalan jauh, sepatutnya dua-dua naik keldai.

Di Pekan ketiga, anak dan bapa menaiki keldai, tapi keldai pengsan kehausan… penduduk mencemuh kata mereka kejam terhadap keldai dan menyuruh mereka membawa keldai ke klinik haiwan untuk dirawat.

Dalam perjalanan ke Pekan keempat, anak dan bapa terserempak sekumpulan serigala, keldai dalam kecemasan terjatuh ke dalam sungai… anak dan bapak kehilangan keldai, balik rumah dicemuh isteri mengapa tak jual keldai di Pekan pertama.

Ramai yang suka memberikan komen sehingga kita lupa tujuan sebenar sesuatu isu. Dalam apa-apa situasi, ada yang sokong, ada yang tidak sokong, tapi apa yang penting sendiri harus menyokong dan yakin dengan keputusan sendiri dan berani menerima teguran sekiranya teguran berasas.

Jangan sesekali menjadi anak-bapak di atas, yang terlalu asyik mempedulikan komen yang remeh sehingga terlupa tujuan mereka menggembara adalah untuk menjual keldai tersebut.




Rabu, 26 Disember 2012

...DALAM KENANGAN...


krdt by : Akhi Ahmad Kamil


Saya baru dapat berita mengenai pemergian Almarhum Ustaz Rosni, salah seorang pegawai yang sangat rapat dengan pelajar di Mesir.

Saya terkejut, dan hiba. Ajalnya sudah tiba. Almarhum adalah antara individu yang sangat memberi impak positif kepada saya sepanjang keberadaan di Mesir dua tiga tahun lepas.

Saya rasa saya perlu berkongsi disini...

Saya pernah diuji dengan masalah kewangan di Mesir. Maklumlah, saya bukan pelajar Al-Azhar, jadi tiada zakat atau bantuan khas untuk saya. Masa tu saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan Ustaz Rosni, atas cadangan beberapa orang kenalan. Tujuan saya adalah untuk meminta nasihat.

Saya bercadang pada ketika itu, untuk memulakan perniagaan burger di Mansurah. Modal? Tiada. Semangat? Berkobar-kobar.

Ustaz Rosni menyambut saya dengan wajah penuh ceria. Kami berkongsi pandangan. Banyak pengalaman yang beliau kongsikan.

Apa yang paling membuatkan hati saya berasa sangat sayu, adalah apabila beliau terpaksa memberitahu saya yang beliau sendiri sedang diuji oleh Allah dengan kewangan yang terhad. Ditunjukkan bekas makanannya, yang hanya ada nasi dan telur goreng. Itulah makanan hariannya di pejabat. Tiada lauk lain. Dengan penuh senyuman, beliau memberi kata2 semangat yang sangat positif.

Setelah selesai berurusan, saya minta izin untuk kembali ke Mansurah dengan hati yang sangat gembira. Gembira kerana dipertemukan dengan insan semulia Ustaz Rosni. Sehingga saya pernah terfikir bahawa beliau adalah kekasih Allah yang Allah temukan dengan insan sekerdil saya.

Selang beberapa langkah, beliau memanggil saya dan mengeluarkan 50 junaih (matawang Mesir) yang nilainya lebih kurang RM25 duit kita. Saya menolak. Tidak sampai hati membebankan beliau. Namun beliau sangat berharap saya mengambilnya dan jadikan modal berniaga. Saya amat menghargai pemberian beliau.

Dengan 50 junaih itu, saya memulakan perniagaan. Sehinggalah akhirnya berkembang dan akhirnya saya tukar kepada bisnes Nasi Lemak Akhi di Mansurah dengan hasil yang lumayan, alhamdulillah. BERKAT 50 JUNAIH sumbangan Ustaz Rosni...

Sehingga saat saya menulis status ini, masih terbayang senyuman yang tak lekang. Ya, saya sebak. Siapa yang mengenalinya,insyaAllah akan terasa sangat kehilangan...

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Almarhum Ustaz Rosni... ALFATIHAH....

Ahad, 2 September 2012

KEBENARAN AKAN MENANG...

BISMILLAH..

 Ya Tuhanku..

           Permudahkanlah segala urusan dan berikan kemenangan kpd PMRAM, BKPJM dan semua PMRAM CAWANGAN dalam menghadapi pelbagai tribulasi yang sememangnya dirancang oleh pihak yang tidak berwajib..AMIN.

           Dibawah ini antara salah satu kezaliman yang berlaku kpd PMRAM cawangan JOHOR (BKPJM), dinafikan hak oleh pegawai sendiri yang SEPATUTNYA membantu KEBAJIKAN ahli johor..


BKPJM MENGGESA HEP MEMBUKA PINTU DEWAN APJ RABA'AH



Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala Sayyidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d.

Pada 28 Ogos 2012, pintu Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh pihak HEP. YDP BKPJM sendiri menerima panggilan daripada pembantu Pegawai HEP Johor Mesir, Saudara Firdaus Bin Omar memaklumkan perkara tersebut dengan alasan BKPJM mengadakan program tanpa kebenaran.

Semua telah sedia maklum, Asrama Pelajar Johor Rabaah ialah harta wakaf hasil kutipan Saham Wakaf Majlis Agama Islam Johor(MAIJ). Kutipan dibuat oleh MAIJ manakala urusan pencarian dan pembelian bangunan dijalankan oleh BKPJM dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. 

Disebutkan dalam Web Rasmi e-Wakaf MAIJ bahawa “Bangunan asrama ini  lengkap dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang belajar dan muzakarah”, tetapi ruang belajar dan bermuzakarah di Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh HEP, menyukarkan pelajar untuk mengadakan kelas tafaqquh. 



BKPJM secara tegas menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan pihak HEP mengunci Dewan APJ Rabaah seterusnya menghalang anak-anak Johor, khususnya penghuni APJ Rabaah untuk solat dan mengimarahkan harta wakaf tersebut. Tiada lagi azan berkumandang di APJ Rabaah, tiada lagi alunan ayat suci Al-Quran dialunkan dan tiada lagi kemeriahan dewan itu dengan Kelas Tafaquh yang dianjurkan BKPJM, ini semua gara-gara tindakan HEP mengunci Pintu Dewan APJ Rabaah.

Dalam menghadapi perkara ini, YDP BKPJM merancang untuk berjumpa dengan pihak Pegawai HEP Johor Mesir, Haji Muhammad Husni Tamrin Bin Md Sharif, untuk meminta beliau membuka semula pintu dewan tersebut. BKPJM mengharapkan kerjasama sebaiknya dari pihak HEP dan bukannya dolak-dalih atau mengelak dari mengadakan perbincangan.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum wbt.

Muhammad Yazid Bin Hanzir
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
2011/2012.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Kalam kenangan, :)

Rindu saat sewaktu menjadi kepimpinan dulu....

Penghayatan Sunnah Bersama Usrah 

Bismillahirrahim…
Segala puji bagi Allah Taala, yang menjadikan dunia ini aman di bawah lindungan panji dan kepimpinan Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang meneruskan perjuangan baginda sehingga ke hari ini.
Seperti yang kita semua maklum, bahawa hari Jumaat adalah hari yang tersangat istimewa kerana Islam meletakkan hari Jumaat itu sebagai ketua dan lebih banyak ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Riwayat Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Hari Jumaat dinamakan sebagai “Sayidul Ayyam” iaitu penghulu segala hari.”
Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan di hari Jumaat ini, antaranya Nabi Adam a.s diciptakan dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya , Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat , Dan pada hari itu jualah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu jualah baginda dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya” (HR Muslim)
Dibawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM telah menetapkan bahawa hari Jumaat merupakan hari untuk berusrah ataupun hari muzakarah berkelompok (MB).

Usrah merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang digalakkan dan merupakan salah satu cara dalam menyampaikan dakwah Islamiah . Ia adalah Sunnah yang sangat penting pada permulaan berkembangnya Islam dimuka bumi ini. Bagaimana pada awalnya Rasulullah membuat usrah dirumah Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyebarkan dakwah dalam keadaan berahsia, bersembunyi dan berjaga-jaga daripada diketahui oleh musuh Islam. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekarang mudah untuk kita membuat dan melaksanakn usrah secara bebas dan tersangat rugi sekiranya kita tidak mengikuti usrah ketika berada dibumi anbiya’ ini. Hal ini kerana, usrah merupakan medan latihan untuk kita berdakwah dan berkongsi ilmu, mendapat pengisian rohani serta dapat membina fikrah yang jelas tentang Islam bersama sahabat-sahabiah kita di bumi mesir ini.
Dalam Fiqh Dakwah karangan Sheikh Mustafa Masyhur, beliau menyatakan rukun dakwah yang ketiga berkenaan uslub dakwah dan ciri-cirinya iaitu berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi. Golongan yang dibina oleh Rasulullah S.A.W diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan nama sahabat. Antara kelebihan usrah ialah dapat melatih ahli membina keyakinan diri, membina kekuatan ukhuwah, mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As- Sunnah, melahirkan para ilmuan islam agar dapat menyebarkan risalah islam, serta membentuk biah solehah serta menolak unsur-unsur negatif.
Sehubungan dengan usul DPMM sesi ini iaitu “Memegakan muzakarah berkelompok disemua peringkat ahli dan mewajibkan penglibatan semua pihak” , saya selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI menyeru kepada semua ahli DPMM supaya dapat bersama-sama DPMM dalam memegakan muzakarah berkelompok pada sesi ini.
Akhir kalam, selamat berusrah kepada semua dan rasailah kemanisan dalam berusrah, Ayuh mari bersama kita menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. 



Tintaitqan  :) 

24/8/2012

Isnin, 20 Ogos 2012

PeRjaLaNanKu MaSiH jAUh... :)


Salam bertemu kembali..

      Lama sungguh rasanya tidak mengupdate blog ni diatas kekangan waktu yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, diri ini semakin boleh untuk menerima kenyataan akan keputusan natijah imtihan yang keluar.
      Pada tarikh keramat 15/8/2012, Seawal jam 10pg, saya telah pergi kekuliah untuk menanti natijah yang akan ditampal hari tersebut, perasaan memang bercampur baur, samaada kejayaan @ kegagalan yang akan mengiringi.
      Sampai kuliah, bertemu dengan kawan baik sendiri, fatihah yang telah sampai setengah jam lebih awal. Dia seorang yang sangat baik dan bertangungjawab, rajin ke kuliah setiap hari bertemu amid bertanyakan tentang natijah..memang tabik spring la kt dia.. :)
      Dalam jam 12pm, dapat tau daripada seorg kwn,bahawa doktor telah sampai dan amid  kuliah kata natijah akan ditampal setengah jam lg…
      Fuhh.., mmg lg berdebar dan akhirnya pada 1pm sebelum amid  kuliah tampal natijah, amid  berjumpa dengan ktorg sambil menghulurkan kertas natijah. Mengigil melihat nama sendiri, satu persatu subjek dilihat, terus terduduk ditangga kuliah dan langsung tidak terkata..

(Ya Allah, tiada rezeki ku untuk balik ke Malaysia tahun ni)
Tidak dapat digambarkan perasaan sedih ini..menangis semaunya,
Rasa bersalah terhadap Mak dan ahli keluarga yang lain…Mak, izzah minta maaf kerana tidak dapat balik tahun ni  dan jaga  mak di Malaysia.. minta maaf sangat-sangat. 

………………………………………………………………………..........

Alhamdulillah.., rasa sedikit terubat bila mana seorang sahabat menghantar mesej dan memberikan kata-kata semangat..
   Katanya : 

“Yakinlah dengan ketentuan Allah, ada hikmah besar sedang menanti yang mana kita tidak tahu sehingga tiba masanya untuk kita dapat dan ketahui”


                                                ..........................................................................

Bila duduk berseorangan dan berfikir secara tenang, ada hikmahnya kenapa Allah mengtaqdirkan tidak najah tahun ini.. Ilmu ku masih belum banyak untuk dibawa pulang ke malaysia, serta Khidmat dan tenagaku masih diperlukan lagi dibumi barakah ini, insyaAllah aku akan bekerja dan memberikan komitmen sebaiknya..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bermohon kepadamu, tetapkanlah dan berikah ketenangan didalam hatiku untuk  menerima taqdirmu..dan tenangkanlah jua hati ibuku dan ahli keluargaku….AMIN..

Rabu, 20 Jun 2012

Salam ingatan dan salam perjuangan..


        Hari ini adalah hari last imtihan tahriri, subjek fiqh syafie,ada 3 kitab.boleh tahanla killer jugakla subjek ni..tak taula jawab pe dlm exam td.. selepas ni tinggal syafawi dan taayin je. persediaan adalah dalam 6 hari..harap-harap saya dan sahabiah yang lain dapat menjawab dengan tenang soalan doktor nanti. amin..

         Sekarang ni, saya tengah teman seorang kawan qiraat study untuk exam tarikh qura' esok. Seronok juga dengar sahabat tu dok menghafal nama-nama imam Qiraat, siap dengan pelbagai tarikh, dah macam kira matematik je dengarnya..hehe. biasalah tu di mesir ni, terutama Mansurah ada pelbagai syukbah..ada qiraat, syariah, usuluddin, lughah dan perubatan..setiap syukbah ada kelebihannya tersendiri..qiraat dengan imam-imam qiraatnya, cara bacaan quran, tajwid dan lain-lain, syariah pula lebih kepada hukum-hakam, lughah dengan i'rabnya dan usuluddin dengan hadith dan tauhid dan perubatan dengan penyakit dan ubat-ubatnya.

      Hari ni juga adalah hari lahir seorang sahabiah saya..iaitu Rashima bt. Ramli.. Sanah helwah akk 
( ^^,).. semoga dirimu terus thabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi.

      Erm.., tiba-tiba rasa takut mencengkam diri, imtihan dah semakin mengakhiri, natijah pula semakin mendekati..bagaimanakah dengan natijah yang bakal ku dapat nanti.

      Ya Allah, betapa diri ini terasa lemah, takut, risau dan pelbagai rasa ada didalam hati ini dalam menanti  natijah  yang tidak pasti.. adakah kejayaan menanti ? atau sebaliknya mengiringi (nauzubillah). Ya Allah, aku berharap dan bermohon kepadamu, dengan rahmatmu Ya Allah, kurniakanlah rezekimu  (kejayaan ) yang terbaik untukku dan sahabat-sahabatku.. Amin.

---menanti dengan penuh debaran---


Isnin, 11 Jun 2012

Bila Nak "join" BERDAKWAH..??

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Sedikit persoalan yang ingin saya timbulkan, sampai bila kita harus bertangguh? Sedarlah bahawasanya Islam tidak perlukan kita, bahkan kitalah yang perlukan islam. Semakin lama kita bertangguh, maka semakin banyaklah gejala sosial yang melanda umat islam zaman sekarang dan tidak mustahil juga berlaku kepada individu yang sangat hampir dengan kita. Beringat-ingatlah, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Semoga dengan tazkirah ringkas di atas menjadi pengajaran dan batu loncatan kepada kita untuk terus menyampaikan islam kepada seluruh masyarakat walaupun berlainan agama dan kepercaayaan.

Wallahu A’lam.

RiNdU yAnG mEnGaMiT mEmOriiii...

Bismillah pembuka bicara...,

Tiba-tiba diri ini terasa rindu pada kampung halaman, Kampung Parit Raja Darat. Tempat yang tidak asing bagi diri ini, disitulah saya dilahirkan, dibesarkan dan diberi pendidikan ilmu agama yang secukupnya oleh kedua Ibubapa yang amat disayangi..banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui.

Hari ni, Isnin genap 4 tahun 9 bulan, saya berada di Mesir meneruskan pengajian dalam bidang syariah.. InsyaAllah ini adalah tahun terakhir sebelum kaki ini melangkah pulang ke Malaysia, atau lebih dekat lagi negeri Johor. Rindu yang membuak-buak dalam diri ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seorang diri tanpa ahli keluarga disini sangat-sangat mengajar diri ini erti untuk hidup berdikari. Walaupun 4 tahun berada disini..tapi masih terasa diri ini kekurangan ilmu pengetahuan. Bagaimanakah persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat yang ada pelbagai ragam dan telatah.

Baru-baru ini, di Parit Raja telah diadakan ceramah Ustaz Azhar Idrus, Alhamdulillah daripada video yang ditayangkan, saya lihat ramai orang yang menghadiri ceramah tersebut.. pelbagai golongan dapat dilihat,  orang tua, pemuda, wanita, remaja dan kanak-kanak. Saya menyokong sepenuhnya pihak yang menganjurkan ceramah ini agar dapat meneruskan lagi program pengisian rohani seperti ini..

Apa yang saya kesalkan, tidak jauh daripada tempat ceramah Ustaz Azhar Idrus terdapat satu lagi program yang dinamakan program "lepak positif " yang mana didalam program tersebut mereka semua dijamu dengan nyanyian dangdut...apa yang POSITIFnya? Fikiran anak-anak muda dirosakkan dengan sedemikian, menyanyi dan menari terkinja-kinja seolah-olah semua yang itu adalah perkara positif..


Wahai anak muda warisan negara..,
bangunlah dari lenamu yang panjang..,
pilihlah yang terbaik untukmu,keluargamu serta untuk bakal anak-anakmu..,
jangan rosakkan fikiranmu dan membuang masa dengan perkara yang tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki..,
Aku bukanlah seorang yang baik untuk memberi nasihat..,
kerana aku juga mempunyai banyak kelemahan..,
aku sekadar ingin membantu sesama saudara seislam.
kerana tugas seorang remaja, pemuda bukan setakat terhenti disini..



Dibawah ini saya sertakan video Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang  telah diadakan di Parit Raja  baru-baru ini..sama-samalah kita mengambil ibrah yang terdapat didalah ceramah ini..







Memang Terbaik..  :)

Sekian perkongsian dari saya untuk post kali ini.. :)


Khamis, 7 Jun 2012

Imtihan Dunia dan Akhirat


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga buat blog ni..al-maklumlah budak baru belajar,masih banyak kekurangan yang perlu ditampung.. 

Semalam, 6 jun 2012 berakhir sudah paper yang ke-4, berbaki lagi 3 paper sebelum habis imtihan. chaiyok!! teruskan usaha ye sahabat-sahabiah selagi mempunyai masa..

Erm..duduk study sorang-sorang ni, tiba-tiba terfikir..kita di dunia ni, bermacam-macam imtihan yang kita hadapi..imtihan ketika study, kerja dan lain-lain. Imtihan dunia mudah untuk kita hadapi kan? wlwpun tidak dinafikan kadang-kadang ada susahnya tapi bagaimana pula imtihan akhirat kita?? imtihan yang belum pasti bagaimanakah keadaaannya..adakah segala amalan kita dengan  panjangnya umur kita  ini telah mencukupi untuk menghadapi imtihan akhirat?

Adakah masa kita diisi dengan perkara yang berfaedah @ pun sebaliknya (nauzubillah). Bagaimana dengan persediaan @ pun bekalan yang sedia ada.. bagaimana dengan amalan wajib yang diperintahkan, adakah cukup @ masih banyak yang kosong... tepuk dada bukanlah tanya selera tapi tanyalah iman kita sendiri..hanya kita yang mengetahui apakah usaha kita selama ini..

JOM MUHASABAH DIRI BERSAMA..
dari yang baru hendak belajar....